Sunday, December 26, 2010

Rasa ini

love him very much.. but nothing can be done... just keep my feeling alone without anyone notice it... dan aku berharap.. rasa ini akan hilang.. pergi tinggalkan aku.. buat selamanya.. sebelum aku mula menyakiti hati insan yanag lain...

cant get him out of my head.. ya tuhan ku.. berilah aku kekuatan.... untuk menepis setiap perasaan yang ada ini... aku berdoa padamu..
:
:
:

Monday, October 25, 2010

cinta pertama : : perkenalan

epilog ::

o.m.g... kenapa dia hadir semula dalam hidup aku.. setelah sekian lama aku cuba untuk hilangkan dia dari ingatan aku.. akhirnya dia datang kembali.. ya allah.. kuat kan hamba mu untuk menolak kehadirannya..

cinta pertama :: perkenalan

macam yang aku ceritakan sebelum ni.. laman ini adalah tempat dimana aku nak menceritakan kisah kehidupan aku.. kisah cinta pertama aku. macam mana ia bermula.. aku mula bercinta waktu di umur 18 tahun.. waktu tu aku duduk berjauhan dari keluarga.. zaman sekolah aku tak tahu langsung bab cintan cintun ni.. family aku melarang keras.. huhu.. jadi di zaman sekolah.. memang tiada sejarah langsung la mengenai cinta..

Pernah juga terpikir nak bercinta.. tambah2 bila kawan2 sebaya sibuk bercerita.. nak di ingat balik.. aku pernah membuat cerita yang aku bercinta dengan seseorang.. tetiba datang seorang rakan yang mengorek cerita itu dan menghebohkan bahawa aku membuat cerita sahaja.. siap dia bagitau pada si lelaki tersebut.. waktu tu malu tak usah cerita.. tapi.. ada aku kisah.. hidup aku.. 

berbalik kepada cerita asal... aku mula belajar di sebuah institusi ni.. bukan lah universiti ternama.. bermula saat orentasi.. aku menjadi agak menonjol kerana aku rajin menampilkan diri.. siap dapat award freshie terbaik.. kenyataannya.. di waktu orentasi tu.. kumpulan aku duduk dikawasan belakang.. hari2 senior2 duk perli dak2 freshie.. dah tentu la telinga aku yang asyik dengar.. so aku aku pun secara automatiknya bangun setiap kali ada aktiviti yang memerlukan wakil dari para freshie.. sesungguhnya aku paling tak suka menonjolkan diri.. tapi apa kan daya..

tamatnya sesi orentasi.. aku memang tidak berapa nak bergaul dengan budak lelaki.. tak berminat... so aku lebih menonjol pada rakan2 perempuan.. aku lebih banyak bercakap.. kalo dengan budak lelaki.. aku lebih suka cari gaduh.. membuatkan mereka tidak berapa suka dengan aku.. yela.. kalo orang kacau.. x tak kan nak layan gak kan,, of course la melawan.. so mereka anggap aku tak sporting.. ada aku kisah.. janji aku tak gedik.. hahaha..

habis kisah diri aku di situ.. di pendekkan cerita.. aku berkawan rapat dengan seorang kawan.. bia aku gelarkan dia sebagai D.. D sangat cantik orangnya.. seperti model.. memang ramai gilakan dia.. tapi perilakunya seperti ayam terlepas kandang.. tapi aku sangat senang berkawan dengannya.. aku dan D berbeza kelas.. D berkawan rapat dengan seorang budak lalaki kelasnya.. biar aku gelarkan dia sebagai A.. D selalu menceritakan perihal A pada aku.. aku pula x pernah mertemu dengan A kerana di awal orentasi A telah dihantar pulang kerana dia terkena denggi..

suatu hari D mengajak aku temankan dia pergi ke public phone (zaman tu masing2 tidak memiliki HP lagi ok..) di situ la aku mula bertemu dengan A.. D kenalkan kami.. A memang kacak.. tinggi .. berhemah.. emmiliki ciri2 lelaki idaman aku.. tapi.. A sangat jahat.. di awal perkenalan dia mula mencari gaduh dengan aku.. aku tak ingat apa kami gaduhkan.. tapi selepas dari itu dia menggelarkan aku 'orang asli'.. aku sangat bengang.. lepas dari tu kalau bertemu memang kami akan berdebat.. dengan rakan lalaki kelas sendiri pun aku tidak bercakap.. tapi kalau dengan si A aku becakap macam dah kenal lama.. budak lelaki kelas aku siap cakap aku sombong.. tapi aku tak sombong sebenarnya.. haishh... kami terus berdebat benda yang sama untuk berbulan lamanya.. hehehe... gila mungkin..

selepas dari itu bermula lah episod baru buat kami... lain kalo aku ceritakan.. panjang berjela aku menulis di sini..

Wednesday, October 20, 2010

kisah : permulaan

 kisah diri ku.. di sini lahirnya laman dimana aku dapat menulis sesuatu mengenai diri ku.. bukan mengungkit kisah lalu.. hanya ingin menzahirkan sesuatu pada setiap kenangan ku agar ianya dapat berlalu dengan tenang... kisah-kisah kehidupan ku.. cinta dan keluarga ku mungkin.. semua bergantung pada hati yang ingin menjerit ini...


aku tidak ingin mengarang ayat seperti madah pujangga.. hanya mencari patah kata yang sesuai untuk aku sampaikan setiap perasaan ku.. ini bukan laman pertama ku.. aku membuka laman ini kerana aku terasa aku tiada kebebasan untuk bersuara di lamanku yang asal.. hati memberontak ingin menulis sesuatu.. malangnya, bimbang ia melukakan hati sesetengah pihak.. aku pendamkan sahaja.. maka lahirlah laman ini.. sesuatu yang baru.. tiada siapa yang mengenali diriku.. setiap persaanku dapat ku sampaikan disini.. untuk tatapan aku di kemudian hari mungkin.. kata-kata seperti ini membuatkan aku berasa mual untuk membacanya di suatu ketika nanti.. persetankan semua itu.. tiada yang mengenali aku..

selamat buat aku sendiri... .۩۩๑   

teru